tetiber je dak neh mnat bunge neh..huhu..meh nk cter ckit serba sdikit sal bunge terbesar d dunie nie..
Ciri-cirinye:
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.
Di mana bunga ini boleh didapati??
Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina.
Antara tempat popular..
Taman Rafflesia Gerik |
Yahya Awang
Source :Harian Metro,8 July 2010
Di sini, pengunjung berpeluang melihat spesies Rafflesia Azlanii, nama sempena Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengurusnya, Rostam Mohamed, berkata pengunjung boleh berjalan kaki selama 45 minit untuk tiba ke destinasi yang menempatkan koloni spesies itu.
"Taman seluas lapan hektar ini menempatkan 10 koloni spesies Rafflesia termasuk lapan daripadanya Rafflesia Azlanii dan dua lagi Rafflesia Cantleyi," katanya.
Beliau berkata, bunga Rafflesia Azlanii kali pertama dijumpai di Sungai Halong oleh Datuk Prof Dr Abdul Latif Mohamad pada 1993.
"Dua spesies lain yang terdapat di negeri ini ialah Rafflesia Kerii dan Hasseltii," katanya.
Sementara itu, orang ramai yang berminat mengunjungi taman ini perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan 24 jam sebelum waktu lawatan bagi membolehkan membuat persiapan awal.
Jumlah minimum pengunjung dihadkan empat orang dan bagi kumpulan yang besar.
"Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak digalakkan ke taman ini memandangkan bentuk muka buminya mencabar dan lasak.
"Kami turut melarang mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis serta penyakit serius lain," katanya.
Mereka yang berminat melawat taman ini boleh menghubungi Rafflesia Azlanii Tour di alamat No 7, Tingkat 1, Jalan Tun Bija DiRaja, Gerik di talian 05-7917279 atau e-mel rafflesiagarden@yahoo.com.
Kegunaannye...
Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut.
Cantik x bunge nie??
Inilah serba sedikit tentang bunge rafflessia@pakma neh.. :))















No comments:
Post a Comment