Ujian yang getir, pahit
Yang maha payah
Diharungnya dengan sabar
Demi aqidah, demi agama
Demi agungnya cinta pada yang esa
Zahirnya memiliki fizikal yang lemah
Namun pada hakikatnya
Tiada apa yang mampu
Mencalar jiwanya yang kental
Penuh ketabahan
Dialah zinnirah
Wanita yang menerima sepenuh hati
Ajaran agama yang dibawa baginda Rasulullah saw
Biarpun dirinya seorang hamba
Pada seorang yang kuat memusuhi rasulnya
Namun dia tidak gentar
Untuk terus beriman dan bertaqwa
Secara sembunyi dia melakukan perintah Allah
Bersolat,berzikir,membaca Al-Quran
Berdoa pada Allah dengan penuh syahdu
Penuh keinsafan
Segalanya dilakukan dengan hati-hati
Namun rahsia itu tidak berjaya disimpan lama
Tatkala rahsianya terbongkar
Siksaan, gertakan yang penuh dengan kebencian
Diterimanya tanpa penyesalan
Hanya mampu bergantung penuh pada Allah swt
Sehingga akhirnya
Besi panas menusuk matanya yang indah
Dunia menjadi gelap gelita
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan
sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga.
aku terpaksa mengharungi ujian berat, sedangkan neraka itu
dipagari oleh berbagai kesenangan."
Inilah rintihannya
Rintihan yang disandarkan pada Rabb nya
Sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan
Pengorbanannya dicerca kaum musyrikin
Dikatakan buta atas laknat Latta dan Uzza
Namun keyakinannya pada agamanya tidak pernah luntur
Kekuasaan Allah swt tiada bandingannya
Dunia yang gelap gelita kembali cerah
Keindahan ciptaan Allah swt dapat dinikmati semula
Hatinya penuh dengan kesyukuran
Bersama keimanan yang semakin tinggi
'Umar Al-khattab
Diberikan hidayah oleh Allah swt
Dan akhirnya memeluk Islam....'
dah lama x buat puisi2 ni..so hari ni rse mcm nak buat 1..and ni lah hasilnya..huhu..
actually puisi ni aku adaptasikan dari satu artikel..
kisahnya tentang Zinnirah..seorang wanita berbangsa Rom..dibeli oleh Umar Al-khattab untuk dijadikan hamba..waktu ni Umar Al-Khattab belum lagi memeluk Islam..n waktu ni Nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah secara sembunyi-sembunyi..so awal-awal penyebaran Islam lah maksudnya...
n Zinnirah adalah salah seorang yg menerima ajaran Nabi Muhammad SAW waktu ni..
so puisi ni menggambarkan ketabahan Zinnirah demi mempertahankan akidahnya walaupun menerima berbagai siksaan dan cabaran...