khas utk afifah izati :P
tetiber je dak neh mnat bunge neh..huhu..meh nk cter ckit serba sdikit sal bunge terbesar d dunie nie..
Ciri-cirinye:
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses
karbon dioksida dan
cahaya matahari bagi menghasilkan
gula dan
oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap
air dan
mineral dari tanah untuk diproses sebagai
protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.
Di mana bunga ini boleh didapati??
Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina.
Antara tempat popular..
Location : Perak, Malaysia
Yahya Awang
Source :Harian Metro,8 July 2010
Peluang melihat bunga spesies Azlanii sempena nama Sultan Perak TAMAN Rafflesia, Gerik adalah antara kawasan terpelihara yang menempatkan koloni bunga Rafflesia termasuk beberapa spesies yang hampir sama dengan gelaran bunga terbesar itu.
Di sini, pengunjung berpeluang melihat spesies
Rafflesia Azlanii, nama sempena Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengurusnya, Rostam Mohamed, berkata pengunjung boleh berjalan kaki selama 45 minit untuk tiba ke destinasi yang menempatkan koloni spesies itu.
"
Taman seluas lapan hektar ini menempatkan 10 koloni spesies
Rafflesia termasuk lapan daripadanya
Rafflesia Azlanii dan dua lagi
Rafflesia Cantleyi," katanya.
Beliau berkata, bunga
Rafflesia Azlanii kali pertama dijumpai di Sungai Halong oleh Datuk Prof Dr Abdul Latif Mohamad pada 1993.
"Dua spesies lain yang terdapat di negeri ini ialah
Rafflesia Kerii dan Hasseltii," katanya.
Sementara itu, orang ramai yang berminat mengunjungi
taman ini perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan 24 jam sebelum waktu lawatan bagi membolehkan membuat persiapan awal.
Jumlah minimum pengunjung dihadkan empat orang dan bagi kumpulan yang besar.
"Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak digalakkan ke
taman ini memandangkan bentuk muka buminya mencabar dan lasak.
"Kami turut melarang mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis serta penyakit serius lain," katanya.
Mereka yang berminat melawat
taman ini boleh menghubungi
Rafflesia Azlanii Tour di alamat No 7, Tingkat 1, Jalan Tun Bija DiRaja,
Gerik di talian 05-7917279 atau e-mel rafflesiagarden@yahoo.com.
Kegunaannye...
Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.
Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut.
Cantik x bunge nie??
Inilah serba sedikit tentang bunge rafflessia@pakma neh.. :))